Sunday, 2 September 2018

Resepi Sambal Kicap Johor Sedap Dan Tahan Lama



Resepi Sambal Kicap Johor




Sambal kicap ni antara kegemaran Cik Shikin tau, teringat zaman duduk asrama dulu, bila balik kampung wajib buat sambal kicap untuk bekalan bawa balik asrama. Zaman tu segala jenis meggi ada dalam simpanan. Makan pulak beramai2 menggamit memory sangat..hihihiii..

Macam biasa la semalam hari Ahad hari untuk Cik Shikin memasak, menu semlam Bakso dengan sambal kicap. Jadi Cik Shikin kongsikan resepi sambal kicap kegemaran Cik Shikin

Bahan-Bahan :

10 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1tsp bawang goreng
Kicap
Sedikit garam
Sedikit gula
2 sudu makan air masak
Minyak untuk menggoreng



                        
                                  



Cara-caranya

1. Belah lada cili terlebih dahulu sebelum digoreng bagi mengalakkan cili meletup ketika digoreng

2. Gorengkan cili bersama bawang putih, tujuan menggoreng adalah untuk menjadikan sambal kicap      tahan lebih lama

3. Seletah siap menggoreng tumbuk @ blendkan cili dan bawang putih bersama 1 sudu kecil bawang     goreng 

4. Kemudian campurkan dengan sedikit garam dan gula, tumbuh hingga lumat, jika menggunakan 
    blender tambahkan sedikit air

5. Bila sudah lumat keluarkan dan campur dengan kicap. dan siap!






















1 comment:

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete