Sunday 15 July 2018

Resepi Chiken Buttermilk yang mudah dan sedap



Harini Cik Shikin nak share resepi Chiken Buttermilk yang sangat mudah dan sedap, resepi ni sangat-sangat ringkas, tapi semalam Cik Shikin tertengok Bang Sajat masak 'Ayam Chiken Butter'.. Kalau korang nak tahu apa yang jadi korang tengok la sendiri ye.


Bahan-bahan :

2 ketul dada ayam dipotong kecil
1/4 buku butter
1/3 tin susu cair
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (ketuk sedikit)
2 tangkai daun kari
4 biji cili merah
3 sudu tepung bestari untuk menggoreng ayam
garam
sedikit black paper(tak letak pun boleh)




Cara memasak :

1. Gorengkan ayam yang telah dicampur dengan tepung bestari @ tepung gandum+garam (saya gunakan tepung bestari sebab lebih mudah.

2. Panaskan kuali kemudian masukkan butter, kacau senhingga butter cair jangan sampai hangit pulak ye.

3. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili dan juga daun kari. kacau sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan susu cair ikut anggaran korang la..kalau nak cair lebihkan susu tu dan tambahkan sedikit air.

5. Tambahkan sedikit garam untuk balancekan rasa dan juga black paper, barulah masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata. Dah siap

Note : Kalau nak tambah cheese pun boleh juga.




Itu la ayam buttermilk yang cik shikin dah masak selalu makan dengan ulam-ulaman je tapi semalam makan dengan sayur bendi goreng. Selamat mencuba resepi mudah ini.




Wednesday 11 July 2018

Resepi Cornflakes Telur Masin @ Salted Eggs Flakes




Harini Cik Shikin nak share dengan semua resepi Cornflakes Telur Masin @ Salted Eggs Flakes, sebenarnya semalam Cik Shikin masih lagi meneruskan puasa dalam bulan Syawal ni, biasa la orang kalau berpuasa rasa nak makan macam-macam kan, termasukalah Cik Shikin ni.


Disebabkan susah nak cari Cornflakes Telur masin ni jadi Cik Shikin buat keputusan untuk buat sendiri la, lagipun mudah je nak buat Cornflakes Telur masin ni.








Bahan-bahan :

150g cornflakes
70g butter
4 biji kuning telur masin
7-10 batang cili api
Daun kari
Serbuk kari
Garam
Gula




Cara Penyediaan :

1.  Hancurkan kuning telur masin terlebih dahulu
2. Cairkan butter dan masukkan kuning telur masin dan kacau rata
3. Masukkan daun kari, cili api, serbuk kari,secubit garam dan gula
4. Kemudian masukkan cornflakes dan gaulkan sehingga rata
5. Angkat dan sejukkan sebentar

Mudahkan resepi ni, maka semalam hilang la mengidam Cik Shikin nak makan Cornflakes telur masin @ Salted Egg Flakes ni.
Malam ni ada open house lagi jadi Cik Shikin tak payah la memasak.






Monday 2 July 2018

Intinerary Percutian Ke Yogyakarta


Dalam perancangan nak bercuti ke Yogyakarta, mesti banyak tempat yang nak dilawati dekat sana kan, maklum la geram sangat tengok gambar-gambar orang lain pergi bercuti dekat sana.
Insyaallah bulan 8 2018 ni Cik Shikin akan kesana, tiket kakak Cik Shikin yang belikan kalau tunggu adik dia memang tak beli la tiket flight tu.

Tugas Cik Shikin buat perancangan perjalanan kami sewaktu di Yogyakarta tu nanti. Jadi disini Cik Shikin akan kongsikan la Intinerary percutian kami di Yogyakarta nanti setelah cik shikin membaca berpuluh atau sebenarnya beratus blog pasal bercuti di Yogyakarta tu, ini la yang dapat Cik Shikin kongsikan 



 DAY 1

9.35  : KLIA – Yogjakarta
12.00 : Nasi ayam Penyet Surabaya                                       
14.00 - Candi Borobudur (IDR 320,000)
           - Candi Prambanan
16.00 – Candi Ratu Boko (Sunset)
Dinner Wareong special sambal “SS”


DAY 2

Minta Supir berhenti beli kuih
3.00  : Sunrise Mount merapi
10.00 : Breakfast
12.00 : Pantai Timang
 Lunch : Lobster (kedai Pak Sis)
14.00 : Pantai Parangtritis @ Gumuk Pasir (2 Jam 15 minit)
Dinner The Waroeng Of Raminten
20.00 : Malioboro Street (Jalan-jalan) (19 minit)


DAY 3

4.30 : Wisata Alam Seribu Batu Songgo Langit  (1Jam)

           - Negeri atas awan Puncak taman buah mangunan
           - Taman Hobit Mangunan       
           - Rumah Seribu Kayu
7.00 : Breakfast
9.00 : Kebun buah Mangunan  (5 minit)
            - Hutan Pinus Mangunan
            - Pinus Mangunan
            - Jurang Tembelan
             - Puncak Bercici
11.00 : Lunch
13.00 Cari bakpia / Batik/ Survenir (Pasar Beringharjo)
Before
15.00 : Kalibiru Sunset (1 hour 28 minit)
Dinner : Restoran Bukit Indah / Ayam Geprek DBC

DAY 4

5.00 -  Sunrise Jurang Tembelan (1 Jam)

9.00 – Soto Kadipiro
           Beli bakpia untuk bawa balik


Semoga apa yang kami rancangkan akan berjalan lancar, ini hanyalah sekadar perancangan sahaja. 
Insyaallah untuk entry akan datang Cik Shikin akan kongsikan perjalan penuh berserta dengan bajet dan gambar sekali.