Wednesday, 11 July 2018

Resepi Cornflakes Telur Masin @ Salted Eggs Flakes




Harini Cik Shikin nak share dengan semua resepi Cornflakes Telur Masin @ Salted Eggs Flakes, sebenarnya semalam Cik Shikin masih lagi meneruskan puasa dalam bulan Syawal ni, biasa la orang kalau berpuasa rasa nak makan macam-macam kan, termasukalah Cik Shikin ni.


Disebabkan susah nak cari Cornflakes Telur masin ni jadi Cik Shikin buat keputusan untuk buat sendiri la, lagipun mudah je nak buat Cornflakes Telur masin ni.








Bahan-bahan :

150g cornflakes
70g butter
4 biji kuning telur masin
7-10 batang cili api
Daun kari
Serbuk kari
Garam
Gula




Cara Penyediaan :

1.  Hancurkan kuning telur masin terlebih dahulu
2. Cairkan butter dan masukkan kuning telur masin dan kacau rata
3. Masukkan daun kari, cili api, serbuk kari,secubit garam dan gula
4. Kemudian masukkan cornflakes dan gaulkan sehingga rata
5. Angkat dan sejukkan sebentar

Mudahkan resepi ni, maka semalam hilang la mengidam Cik Shikin nak makan Cornflakes telur masin @ Salted Egg Flakes ni.
Malam ni ada open house lagi jadi Cik Shikin tak payah la memasak.






No comments:

Post a Comment