Monday 7 September 2015

Percutian Ke Labuan Sept 2015


Percutian aku ke labuan kali ni memang tak dirancang..Semuanya last minit plan,
Beli tiket flight hari selasa dan fly to Labuan hari Jumaat. Nak ke Labuan memang tak banyak pilihan flight yang ada cuma MAS Wings and Air Asia, So aku pilih Air Asia la sebab tiketnya murah sikit, sikit je tau bukannya banyak sebab beli last minit harga memang buat aku tercekik nasib baik la ada yang sponser. Agak teruja la First time nak ke Labuan ni walaupun tiket mahal, Aku ambk flight pagi 4-Sept-2015.


                                                    
Sampai Labuan lebih kurang jam 9.45pagi. Kalau dekat KL memang rasa awal tapi dekat labuan time tu dah 32darjah celcius agak panas la. Airport Labuan kecik je, aku rasa TBS pun lagi besar. So bila sampai je kena tunggu En.Driver kita sebab dia pun kena fly pagi tu, Nasib baik la KEM TUDM sebelah je dengan Airport Labuan.


                                                                    Ready to Fly

Indah sungguh ciptaan yang maha Esa


Di Labuan aku menginap dekat iCasa Hotel, Harga satu malam di hotel tersebut RM130 aku ambil untuk 2 malam la, Jumaat sampai Ahad.Pekerja Hotel sangat-sangat peramah, tapi yang buat aku dengan Ejat tergelak bila manager dia cakap aku pernah stay dekat Hotel ni before this. Muka familiar agaknya, ni baru kali pertama hakak jejak kaki dekat Labuan ye. Bilik hotel tak mewah tapi aku sangat puas hati la sebab besar dan bersih. Lepas Check in aku rehat dulu dalam bilik Ejat kena sambung kerja sampai petang.

Dekat Labuan ni malam dia awal. Dalam pkul 6.30petang dah mula gelap. So petang vs malam tu kitaorng pergi makan seafood, nama restoran tak ingat la..sebab da nampak ketam besar-besar kan.
aku ni jenis yang tak makan banyak ejat pilih 4 ekor ketam beso dengan udang sahaja for our dinner, Ketam masak berlada dan buttermilk udang plak masak sambal.


Ketam dia memang besar

Pemandangan dari tempat makan kami

Lepas makan kami jalan-jalan dekat Bandar Labuan ni, Hurmmm bandar dia dah sunyi kedai-kedai pun tutup awal memang berbeza la dengan KL. Ejat bawak pergi Marine Museum kami ambil angin malam dekat sana, sebenrnya tengok kapal-kapal laut yang berlabuh di kawasan tu je. Bila balik hotel baru aku sedar yang kawasan hotel tu dipenuhi dengan Club,Pub,rumah urut. Naik bilik tido jela esok nak jalan lagi


Pagi sabtu ni agak lawak sebab ejat tau aku jenis kena makan pagi, tapi pagi tu telefon dia prob plak massage tak deliver so 2jam la dia tunggu dekat bawah hotel, Daripada nak bfst kami terus Lunch, makan dekat Restoran SCR, makan nasi ayam.

Harini nak pergi ke satu-satunya Mall yang ada dekat Labuan ni UJANA KEWANGAN, dekat sini aku beli sourvenir dengan coklat. 




Sakan akk Selfie



Dekat Ujana Kewangan ni aku cuma beli 5 kotak Pepero dengan Coklat Cadbury Turkish Delight je, konon2 jaga badan la sebab sebelum Raya haritu Ejat balik dia belikan coklat banyak sampai berkembang aku.
Habis membeli kami pergi ke Peace Park plak, disebabkan cuaca terlalu panas kami cuma duduk di kedai sambil menikmati air kelapa. Kebetulan sebelum ke Peace Park Ejat ada beli buah manggis dapat la merasa buah hasil dari Labuan.
Malam tu tak keluar berjalan sebab aku tertido dari petang bila sedar da pukul 4 pagi, penat sangat agaknya.

Last Day keluar lewat la sebab nak terus check out, sekali lagi pergi Ujana Kewangan untuk makan tengahari, aku oder mee goreng basah ejat plak makan mee sup, pelik sikit la sebab biasanya kalau mee goreng dekat KL di letak ayam dengan daging tapi di Labuan mereka letak udang dan Isi ikan.
Lepas makan Ejat cari kasut bola plak.

Lepas keluar dari Ujana Kewangan tu ejat bawak aku jalan-jalan pusing Labuan sekali lagi lepas tu kami berehat di Pantai, 

Tak tahu isi ikan apa,rasa dia boleh tahan sedap







Di sini mereka panggil sayap



Tinggal lagi beberapa jam sahaja sebelum balik ke KL..Walaupun sekejap tapi tetap seronok dapat menjejakkan kaki ke Labuan. Harap-harap ini bukanlah kali pertama dan terakhir, Lagi sedih bila nak tinggalkan ejat dekat sana, Kalau aku yang hantar dia dekat KLIA tak la sedih macam ni, Insyaallah nanti akan sampai lagi ke Labuan.Flight balik jam 7.35p.m. Nasib baik boleh tahan diri daripada buat Drama dekat Airport sebelum balik, sampai ejat tegur kenapa nak naik kapal cepat sangat, sebenarnya tak nak dia nampak aku sedih.







2 comments:

  1. hai kak shikin. hahaha. nanti kita p labuan lagi naa. akak sponser :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. G Labuan boleh balik hari je Aliya..Pusing 3 jam dah habis

      Delete